SAYS ABOUT FALLING IN LOVE

Use #fallinginlove on Twitter to say about the diva's new single and it will appear below!

3/26/12

10/16/11






9/22/11

9/11/11

All Your Love coming soon

coming this Sept 16 in iTunes and available on the shelf Sept 24
Source: What's Up Entertainment

7/24/11

LATEST! Dato' Siti Nurhaliza's Falling In Love


FALLING IN LOVE, the latest new single from SITI NURHALIZA, features on upcoming first English album, ALL YOU LOVE. Available downloads via digitals.

Use the Song Code below to download:

FALLING IN LOVE SONG CODE

MAXIS USER

Caller Ringtones:
Dial *131*<225746># and press call/send
Truetones:
Type GET10569032 and send to 29000
Full Song:
Type GET10569032 and send to 29000


CELCOM USER

Call Me Tones:
Dial *118*<123998# and press call/send
True Tones:
Type TT21320154 and send to 21308
Full Song:
Type FS21322145 and send to 21308

DiGi USER

Caller Tunes:
Type CT0127774 and send to 2000
True Tone:
Type GET22200630211 and send to 2000
Full Song:
Type GET222006302278 and send to 2000

*Charges are applicable, depending on Maxis, Celcom and Digi services charge. Usually price from RM 3 - RM 4.50

Visit www.sitidigital.com

9/26/10

Panggilan

 
Teks oleh Thani Hasbullah
Foto oleh Mazlan Photography
KUALA LUMPUR, 18 OGOS 2010 : Bersesuaian di bulan yang indah ini, seluruh masyarakat khususnya peminat Datuk Siti Nurhaliza pasti teruja apabila penyanyi nombor satu negara ini tampil menghadiahkan sebuah lagu Raya terbaru berjudul Panggilan.
Lagu ciptaan komposer Audi Mok dan lirik daripada Fedtri Yahya yang baru sahaja disiapkan ini telah diyanyikan secara trio oleh tiga beradik iaitu Siti Saidah, Siti Saerah dan juga Siti sendiri.
Ketika sidang media lagu Panggilan diperdengarkan kepada umum di Restoran Istana Bambu, Hulu Klang, Siti berkata, dia mengharapkan lagu tersebut bakal menjadi sebuah lagi lagu Raya yang diminati sampai bila-bila (evergreen).
"Selera pendengar semakin lama semakin berubah. Jadi Audi Mok menghasilkan alunan yang banyak berubah dari kebiasaan lagu raya. Kalau kita lihat lagu raya dulu-dulu yang evergreen pun, ia berbeza-beza mengikut alunan masing-masing. Apa yang membuatkan lagu tu kekal lama adalah irama serya liriknya yang senang didengar.
"Pada awalnya Siti tak jangka lagu tersebut akan jadi sebagus ini. Ia sangat bertetapan dengan apa yang Siti mahukan. Walaupun rentaknya agak moden tetapi ia masih ada sentuhan nasyid. Ia sangat menarik sekali.
"Siti rasa sudah lama tak buat lagu raya. Kali terakhir adalah pada 2 tahun lepas iaitu menerusi lagu Kedamaian. Walaupun kali ini, Siti hanya terbitkan single, setidak-tidaknya ada juga lagu raya untuk tahun ini," kata Siti yang anggun mengenakan rekaan daripada Rizman Ruzaimi.
Jelas Siti lagi, Audi Mok adalah seorang komposer yang bijak dalam membuat penyusunan lagu.
"Sebelum lagu ini dirakam, kami semua duduk membincangkan bahagian lagu masing-masing. Tetapi kami juga perlu menyanyikan keseluruhan lagu bagi memudahkan Audi Mok untuk menyusun kembali susunan muziknya.
"Bahagian-bahagian lagu dipilih mengikut kesesuaian suara kami semua. Macam Sairah, suaranya agak keras manakala Saidah suaranya agak tenang sedikit. Saya pula dengan cara saya. Apabila ia disesuaikan dengan baik, hasilnya sangat bagus," katanya.
Menurut Siti, pihaknya akan menerbitkan sebuah album pada hujung tahun ini. Namun buat masa terdekat, dia hanya akan memberi perhatian yang penuh kepada promosi lagu tersebut.
"Memang, pihak kami ada berbincang mengenai untuk menghasilkan album baru. . Tetapi bagi saya ia tidak perlu dilakukan secara tergesa-gesa kerana saya harus memberi perhatian kepada single ini dulu.
"Apa yang penting juga, lagu Panggilan dapat diperdengarkan di corong-corong radio dalam bulan Ramadan dan Syawal ini. Dalam masa terdekat juga, kami akan mengeluarkan CD. Tetapi ia hanya dijual secara online di facebook dan sebagainya," katanya.
Majlis yang dimulai dengan acara berbuka puasa ini turut dihadiri suaminya, Datuk Khalid Mohamad Jiwa, rakan-rakan media dan kanak-kanak daripada Rumah Silaturrahim Nurul Qana'ah. Siti turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada 22 kanak-kanak daripada rumah terbabit.

9/18/10

Mesej dari Siti di Facebook

Siti Nurhaliza Tarudin Official:


Salam. Siti mgambil kesempatan di sini utk memohon maaf kerana tidak dapat menjayakan persembahan sempena Hari Malaysia di Pulau Pinang yg dijadualkan pada 25 September depan atas nasihat doktor dan Siti sedang bercuti lbh kurang 2-3 minggu. Siti amat berharap agar tidak ada spekulasi yg tidak benar dan ia hanya rawatan biasa yg Siti jalani. Tkasih atas doa da keprihatinan anda semua. Salam Syawal! 
17 hours ago as at Saturday, Sept 18, 2010

9/17/10

Konsert batal, Siti Nurhaliza undur atas nasihat pakar sakit puan

GEORGE TOWN, 16 Sept – Penyanyi tersohor Datuk Siti Nurhaliza Tarudin telah memutuskan untuk menarik diri daripada menyertai konsert anjuran kerajaan negeri Pulau Pinang sempena Hari Malaysia atas nasihat pakar sakit puan. Konsert itu dijadual untuk diadakan di sini 25 September ini.
Minggua lalu, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengumumkan bahawa Siti Nurhaliza akan mengadakan persembahan sejam pada konsert yang diatur untuk meraikan semangat Hari Malaysia.
Ekoran keputusan beliau menarik diri maka konsert ini dibatalkan, kata Lim.
“Pada tahap ini, kami tiada masa untuk membuat sebarang perubahan, jadi konsert ini dibatalkan,” katanya.
“Kami kesal dengan perkembangan ini, tetapi kami menghormati dan mendoakan kesihatan terbaik buat beliau,” kata Lim pada sidang media di Komtar hari ini.
Lim berkata beliau ada menerima surat daripada syarikat penyanyi itu, Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn Bhd semalam bersama salinan surat daripada pakar sakit puan.
“Pakat sakit puan dari Prince Court Medical Centre ada memberikan sijil mengatakan Siti Nurhaliza tidak boleh adakan perjalanan atau terlibat dalam aktiviti fizikal ketika beliau menerima rawatan,” kata Lim.
Siti Nurhaliza mendirikan rumah tangga kira-kira empat tahun lalu.
Lim enggan mengulas lanjut kandungan surat daripada pakar sakit puan yang diterimanya, dengan meminta agar sebarang persoalan berkaitan diajukan kepada pengurus beliau.
Bagaimanapun kata Lim, berita itu sudah pasti akan menjadi sesuatu yang menarik dalam dunia hiburan.
Sebelum ini dilaporkan bahawa Siti Nurhaliza dan suaminya Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa berusaha untuk mendapatkan anak menerusi kaedah penyuburan “in-vitro”.
Lim juga memberitahu, Siti Nurhaliza Productions juga telah memulangkan deposit kerajaan negeri RM60,000 dan juga akan memikul kos-kos lain yang berkaitan.
Pada 6 September lalu, Lim mengumumkan kerajaan negeri Pulau Pinang akan mengadakan konsert Siti Nurhaliza secara percuma bagi memberi makna kepada sambutan Hari Malaysia.
Persembahan itu dijadual untuk berlangsung di Stadium Bandaraya Pulau Pinang dengan bertemakan “Menyambut Hari Malaysia Bersama Dato’ Siti Nurhaliza”.

Sumber: The Malaysian Insider

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Designer: Free WordPress Themes | Bloggerizer Lasantha - Premium Blogger Themes | Powered by: 100 Web Hosting