SAYS ABOUT FALLING IN LOVE

Use #fallinginlove on Twitter to say about the diva's new single and it will appear below!

9/26/10

Panggilan

 
Teks oleh Thani Hasbullah
Foto oleh Mazlan Photography
KUALA LUMPUR, 18 OGOS 2010 : Bersesuaian di bulan yang indah ini, seluruh masyarakat khususnya peminat Datuk Siti Nurhaliza pasti teruja apabila penyanyi nombor satu negara ini tampil menghadiahkan sebuah lagu Raya terbaru berjudul Panggilan.
Lagu ciptaan komposer Audi Mok dan lirik daripada Fedtri Yahya yang baru sahaja disiapkan ini telah diyanyikan secara trio oleh tiga beradik iaitu Siti Saidah, Siti Saerah dan juga Siti sendiri.
Ketika sidang media lagu Panggilan diperdengarkan kepada umum di Restoran Istana Bambu, Hulu Klang, Siti berkata, dia mengharapkan lagu tersebut bakal menjadi sebuah lagi lagu Raya yang diminati sampai bila-bila (evergreen).
"Selera pendengar semakin lama semakin berubah. Jadi Audi Mok menghasilkan alunan yang banyak berubah dari kebiasaan lagu raya. Kalau kita lihat lagu raya dulu-dulu yang evergreen pun, ia berbeza-beza mengikut alunan masing-masing. Apa yang membuatkan lagu tu kekal lama adalah irama serya liriknya yang senang didengar.
"Pada awalnya Siti tak jangka lagu tersebut akan jadi sebagus ini. Ia sangat bertetapan dengan apa yang Siti mahukan. Walaupun rentaknya agak moden tetapi ia masih ada sentuhan nasyid. Ia sangat menarik sekali.
"Siti rasa sudah lama tak buat lagu raya. Kali terakhir adalah pada 2 tahun lepas iaitu menerusi lagu Kedamaian. Walaupun kali ini, Siti hanya terbitkan single, setidak-tidaknya ada juga lagu raya untuk tahun ini," kata Siti yang anggun mengenakan rekaan daripada Rizman Ruzaimi.
Jelas Siti lagi, Audi Mok adalah seorang komposer yang bijak dalam membuat penyusunan lagu.
"Sebelum lagu ini dirakam, kami semua duduk membincangkan bahagian lagu masing-masing. Tetapi kami juga perlu menyanyikan keseluruhan lagu bagi memudahkan Audi Mok untuk menyusun kembali susunan muziknya.
"Bahagian-bahagian lagu dipilih mengikut kesesuaian suara kami semua. Macam Sairah, suaranya agak keras manakala Saidah suaranya agak tenang sedikit. Saya pula dengan cara saya. Apabila ia disesuaikan dengan baik, hasilnya sangat bagus," katanya.
Menurut Siti, pihaknya akan menerbitkan sebuah album pada hujung tahun ini. Namun buat masa terdekat, dia hanya akan memberi perhatian yang penuh kepada promosi lagu tersebut.
"Memang, pihak kami ada berbincang mengenai untuk menghasilkan album baru. . Tetapi bagi saya ia tidak perlu dilakukan secara tergesa-gesa kerana saya harus memberi perhatian kepada single ini dulu.
"Apa yang penting juga, lagu Panggilan dapat diperdengarkan di corong-corong radio dalam bulan Ramadan dan Syawal ini. Dalam masa terdekat juga, kami akan mengeluarkan CD. Tetapi ia hanya dijual secara online di facebook dan sebagainya," katanya.
Majlis yang dimulai dengan acara berbuka puasa ini turut dihadiri suaminya, Datuk Khalid Mohamad Jiwa, rakan-rakan media dan kanak-kanak daripada Rumah Silaturrahim Nurul Qana'ah. Siti turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada 22 kanak-kanak daripada rumah terbabit.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Designer: Free WordPress Themes | Bloggerizer Lasantha - Premium Blogger Themes | Powered by: 100 Web Hosting